BAHASA JIWA BANGSA

Tuesday, September 23, 2014

REFLEKSI (K.K)

REFLEKSI (K.K)
Saya Nur Nadhirah Binti Azmi, pelajar P1MU PPISMP. Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah kursus Encik Zulkafly Mohd Noor  iaitu Kesantunan Masyarakat Malaysia telah memberi ilmu serta pengetahuan baru kepada saya yang walaupun pernah saya pelajari di sekolah menengah tetapi tidak lebih teliti sebiegini. Ini merupakan pengalaman pertama yang saya lakukan bagi menyiapkan kerja kursus di peringkat Institut Pendidkan Guru kampus Pulau Pinang. Tajuk tugasan yang diberikan kepada setiap pelajar jurusan Pendidikan Muzik (SK) ialah kita perlu mempelajari, menilai dan mengaplikasi  kemahiran dalam tugasan tersebut.
Pertama sekali saya memanjatkan perasaan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB 1012) dan dapat menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dilalui. Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat mengukuhkan keperibadian diri saya saya dalam mempelajari Kesantunan Masyarakat Malaysia  dan dapat mempraktikkan sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Pada pengalaman saya yang lalu ketika menjalankan kerja kursus di peringkat alam persekolahan, saya banyak merujuk dan mencari bahan di pusat sumber seperti perpustakaan bergerak, perpustakaan di sekolah atau di bandar. Tidak seperti yang berlaku sekarang, pengalaman yang saya dapati ketika melakukan tugasan kerja kursus ini ialah semasa saya mencari maklumat dalam laman sesawang saya sukar untuk mengenal pasti sama ada bahan ini adalah bahan dari sumber yang boleh dipercayai ataupun tidak. Ketika mencari maklumat saya lebih merujuk kepada laman sesawang terhadap keratan akhbar dan bahan-bahan PDF yang terdapat dalam laman sesawang. Hal ini demikian kerana saya yakin dengan merujuk bahan-bahan tersebut dapat membantu saya memberi maklumat mengenai isu-isu yang saya cari dengan tepat dan betul.
Selain itu, tugasan kerja kursus ini banyak menggunakan idea bagi melengkapkan tugasan tersebut.. Bagi memantapkan lagi pemahaman   seseorang itu, penulisan  esei bagi isu-isu yang dibincangkan dalam tugasan merupakan perkara yang boleh kita ambil sebagai maklumat tambahan dan informasi yang bermutu bagi persiapan diri sebagai seorang bakal guru untuk menghadapi era transformasi pada masa yang akan datang.
Di samping itu, tugasan ini memerlukan sumbangan idea yang efektif bagi memudahkan kita untuk melaksanakan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Ini bertujuan untuk menentukan tahap pemahaman kita dalam tugasan yang dijalankan. Daripada hasil tersebut, saya dapat mengetahui lebih banyak informasi yang saya tidak ketahui dan perlu diceburi lebih banyak lagi. Sehubungan dengan itu, saya juga mendapati bahawa tugasan seperti ini dapat mengekalkan prestasi pelajar di masa akan datang. 
Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas, fizikal yang mantap dan keyakinan diri yang tinggi. Melalui tugasan ini, saya dapat berfikir secara kritis dan kreatif semasa menyiapkan tugasan kerja kursus ini supaya kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan idea yang bernas. Tugasan ini juga merupakan persediaan bagi diri saya untuk mempersiapkan diri untuk lebih mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang.
Justeru, pengetahuan yang diperolehi oleh saya melalui tugasan ini ialah dalam menghasilkan setiap kerja kursus dengan sempurna merupakan bukan sesuatu penghasilan yang mudah dengan kesuntukan masa dalam perkara-perkara lain yang juga perlu disiapkan dalam masa yang sama. Kerja kursus yang berkumpulan pula, setiap ahli kumpulan haruslah memainkan peranan yang penting bagi memudahkan tugasan kerja kursus dapat disiapkan dengan sempurna.
Hal ini secara tidak langsung, terdapat banyak pengetahuan yang baru  dapat saya pelajari. Tugasan ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran saya untuk menganalisis dan mempraktikkan dalam sesuatu perkara dengan situasi dalam dunia yang sebenar. Saya juga memahami bahawa peranan sebagai seorang pelajar harus membahagikan masa dengan betul dan mengisi masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah bagi memudahkan persiapan kerja kursus dan dapat dihantar pada waktu yang ditentukan. Setelah menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, saya telah mendapati  bahawa membahbaikkan masa amat penting jika ingin menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. “Masa itu Emas”. Itulah kata-kata yang sering saya pegang untuk memastikan masa yang berjalan tidak terbuang begitu sahaja.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah kursus saya iaitu Encik Zulkafly Mohd Nooratas kesudian beliau untuk meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan membimbing   saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, beliau juga amat bersabar untuk menerangkan dengan lebih jelas dan secara terperinci tentang tugasan ini.

Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak input yang berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dalam masa hadapan saya khususnya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Muzik. Tugasan ini telah memberi panduan dan penerangan mengenai pengurusan dalam menyempurnakan tugasan ini. Segala pengetahuan yang ada tidak akan saya sia-siakan kerana ia sangat berharga untuk diaplikasikan untuk masa akan datang.

No comments:

Post a Comment