BAHASA JIWA BANGSA

Saturday, September 27, 2014

KULIAH dan TUTORIAL 5 - BAB 5 : STRATEGI KESANTUNAN

5.1 STRATEGI KESANTUNAN VERBAL

- kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.

- hendaklah diungkapkan dengan penuh tatasusila supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.

- contonhya, "sila masuk" , "jemput duduk" , "minta kerjasama" dan sebagainya.

- penggunaan istilah sebgini disertakan dengan penggunaan intonasi yang sesuai, iaitu nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai.

- ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan kepada seseorang.

Strategi Kesantunan Verbal Yang Terdapat Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia :-

       1. Strategi Tolenrasi
  • Contoh : Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan.
     2. Strategi Bertimbang Rasa
  • Contoh : "Saya memahami situasi Tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
     3. Strategi Memberi Salam
  • Contoh : Mengucap "selamat pagi" atau "Assalamualaikum" apabila bertemu dengan orang lain.
      4. Strategi Bersopan Santun
  • Contoh : Mengadakan sistem panggilan yang betul dan sesuai keadaan. 
      5. Strategi Ramah Mesra
  • Contoh : Mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumahnya. 
      6. Strategi Tidak Mementingkan Diri Sendiri
  • Contoh : Memberi nasihat yang sesuai dengan penuh kesabaran dan kesopanan.
      7. Strategi Merendah Diri
  • Contoh : " Silalah datang ke rumah saya yang tidak seperti ini. "
      8. Startegi Berterima Kasih
  • Contoh : Mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan bantuan kepada kita.

5.2 STRATEGI KESANTUNAN NONVERBAL

- merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan tangan. 

- kesantunan nonverbal mampu melambangkan personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. 

Strategi Kesantunan Nonverbal Yang Terdapat Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia :-

       1. Strategi Toleransi
  • Contoh : Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam bas.
      2. Startegi Bertimbang Rasa
  • Contoh : Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu. 
      3. Strategi Memberi Salam
  • Contoh : Menundukkan kepala kepada sekiranya jaraknya terlalu jauh sebagai tanda bersalam.
      4. Strategi Bersopan Santun
  • Contoh : Mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberi salam.
      5. Strategi Ramah Mesra 
  • Contoh : Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain. 
      6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri 
  • Contoh : Memberi pertolongan dari segi kewangan kepada orangyang berada dalam kesusahan.
      7. Strategi Merendah Diri
  • Contoh : Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua daripada kita supaya tidak dianggap sombong.
      8. Strategi Berterima Kasih 
  • Contoh : Mencium ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

5.3 STRATEGI KESANTUNAN LISAN

- Menurut Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978 : 1987 ),
  • setiap individu yang berkompeten mempunyai air muka dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka. 
- Dua jenis air muka iaitu :- 
  1. Air muka positif 
  2. Air muka negatif
EMPAT STRATEGI KESANTUNAN LISAN BROWN & LEVINSON

     1. Strategi Langsung
  • - untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. Biasanya berlaku dengan pihak yang rapat seperti teman atau keluarga. 
  • - perkara yang ingin bercakap dengan cepat. 
  • - Contoh : "Ambilkan benda itu"
      2. Strategi Kesantunan Negatif 
  • - Untuk mempertahankan kebesan tindakannya.
  • - Biasanya berlaku pada orang yang belum dikenali.
  • - Contoh : "Bolehkah kamu bukakan pintu itu ?"
      3. Strategi Kesantunan Positif 
  • - Cara menjaga positif pendengar
  • - Biasanya berlaku dua orang teman yang rapat.
  • - Contoh : "Buka pintu ye"
     4. Strategi Tidak Langsung
  • - Membiarkan lawan tutur mentafsirkan tuturannya. 
  • - Digunakan apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur. 
  • - Contoh : "Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau."
Strategi Kesantunan Yang Digunakan Dalam Orang Melayu :- 

     1. Strategi Ikhlas 
  • Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.
    2. Strategi Merendah Diri
  • Menggunakan ungkapan-ungkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.
    3. Strategi Maaf 
  • Meminta dengan baik untuk bercakap atau membuat sesuatu.
    4. Strategi Penyelesaian
  • Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian dapat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan
    5. Strategi Memberi Peluang
  • Memberi peluang kepada yang lebih berunur atau berjawatan dalam masyarakt bersuara.
    6. Strategi Penghargaan dan Pujian 
  • Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.
    7. Strategi Berterima Kasih
  • Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap sesorang yang telah membuat sesuatu kebaikan.
     8. Strategi Kiasan 
  • Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.
     9. Strategi Berhemah dan Lemah-Lembut
  • Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nasihat supaya pendengar tidak berkecil hati. 
    10. Strategi Kecindan
  • Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira.
    11. Strategi Menyapa 
  • Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.
   12, Strategi Ungkapan Rabbani 
  • Menggunakan ujaran seperti Bismillah, Alhamdulillah dan doa untuk menujukkan kekuasaan Allah. 
5.4 STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN 

- Menurut Teori Brown & Levinson, kesantunan penulisan melibatkan :- 
 
  1. Membuat andaian bahawa setiap individu :
  • mempunyai air muka
  • menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka
  2. Air muka terbahagi kepada dua :
  • Air muka positif : keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya dihargai
  • Air muka negatif : keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya. 
EMPAT STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN BROWN & LEVINSON 

   1. Strategi Langsung 
  • Contoh : "Keluar" katanya padaku.
   2. Strategi Kesantunan Negatif 
  • Contoh : Demi aku, cubalah tenang dulu
   3. Strategi Kesantunan Positif 
  • Contoh : Silakan tunggu sebentar, Doktor 
   4 . Strategi Tidak Langsung 
  • Contoh : Tak tahukah ruangan ini panas ? 




TUTORIAL 3 : BAB 3 BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN













KULIAH 3 - BAB 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

" Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Pantun di atas diselitkan kerana ada kaitannya akan dibahaskan dalam bab ini iaitu mengenai kesantunan. Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalh kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui tulisan atau lisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

3.2 KESANTUNAN VERBAL

Menurut Kamus Dewan, (1984)

- kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan yang perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu dan membuat pembentangan kepada umum.

Konsep Masyarakat Melayu,

- bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dalam masyarakat bahasa tersebut.

Contoh - bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama.

ASPEK-ASPEK KESANTUNAN VERBAL
  • Cara sapaan lisan
  • Kehalusan budi bahasa ketika menggunakan bahasa
  • Sistem panggilan keluarga
  1. Panggilan keluarga pertalian darah(Adik, Kakak, Mak Njang)
  2. Gabungan nama keluarga asas(Kak Ngah, Bang Cik)
  3. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan( Mak Mentua, Pak Mentua) 
  4. Gelaran pergaulan formal (Haji, Doktor, Profesor, Tuan, Puan)
  5. Gelaran warisan (Megat, Puteri, Daeng)
  6. Gelaran Kurniaan (Tun, Puan Sri, Dato') 
  • Penggunaan bahasa termasuk juga bahasa istana
  • Kata dan ungkapan tatasusila dalam keadaan yang sesuai

3.2 KOMUNIKASI NONVERBAL

-komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1999),

- bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dan jarak, orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.

FUNGSI KOMUNIKASI NONVERBAL


  1. Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
  2. Penggantian (substituting) - mengantikan verbal dengan simbol atau lambang.
  3. Kontradiksi (contrast/regulating)- menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunkan pesan nonverbal. 
  4. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bukan bahasa verbal.
  5. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN NONVERBAL

1. Gerakan Anggota Badan

  • setiap pergerakan anggota badan mempunyai makna yang tersendiri.
  • setiap gerakan anggota badan yang dihasilkan dapat mendalami maksud-maksud yang tertentu. 
  • setiap anggota yang diberikan akan membawa makna sejagat yang akan difahami olen masyarakat sekeliling. 
2. Gerakan Mata

  • gerakan mata juga mempunyai makna-makna yang tertentu.
  • mata yang digerak ke sana ke mari menunjukkan bahawa dia tidak berminat.
  • mata dan dahi yang berkerut menunjukkan minat tapi tidak percaya.
  • mata berkelip lebih laju daripada biasa bermakna dia sedang berdusta. 
  • tidak memandang mata menunjukkan minat tetapi malu.
3. Gerakan Tangan 

  • setiap gerakan tangan yang dihasilkan mestilah difahami oleh masyarakat sejagat.
  • gerakan tangan biasanya digunakan dengan bahasa lisan dalam satu masa bagi mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
  • contoh, meletakkan jari telunjuk di depan mult menandakan suruh diam/tidak bercakap.

4. Mimik Muka

  • mimik muka mempunyai maksud yang pelbagai.
  • mimik muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan sesorang. 
  • riak hati muka dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.

3.4 KESANTUNAN LISAN

- komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual. 
- melibatkan penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus. 
- penggunaan bahsa tubuh yabg beradab dan tatasusila.

Kesantunan secara lisan terdapat dalam bentuk:-

  • Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain.
  • Tidak rasmi/tidak formal - perbualan di telefon, perbualan di majlis kenduri dan sebagainya.

3.5 KESANTUNAN PENULISAN

-komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal.
- komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang mendalam dan serius kerana mesej yang ditulis tidak boleh diubah sesuka hati. 
- komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal atau tidak formal.

ASPEK-ASPEK KESANTUNAN PENULISAN

  1. Penggunaan kata panggilan yang betul
  2. Kata sapaan yang betul
  3. Gaya bahasa yang betul
  4. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  5. Isi yang tidak sensitif

Kesimpulan

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara komunikasi sama ada dari segi verbal atau nonverbal. Ketika berkomunikasi kita harus mengambil aspek-aspek seperti yang telah dijelaskan di atas untuk menjadi seseorang yang bersopa santun, berakhlak baik dan budi pekerti.



Tuesday, September 23, 2014

REFLEKSI (K.K)

REFLEKSI (K.K)
Saya Nur Nadhirah Binti Azmi, pelajar P1MU PPISMP. Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah kursus Encik Zulkafly Mohd Noor  iaitu Kesantunan Masyarakat Malaysia telah memberi ilmu serta pengetahuan baru kepada saya yang walaupun pernah saya pelajari di sekolah menengah tetapi tidak lebih teliti sebiegini. Ini merupakan pengalaman pertama yang saya lakukan bagi menyiapkan kerja kursus di peringkat Institut Pendidkan Guru kampus Pulau Pinang. Tajuk tugasan yang diberikan kepada setiap pelajar jurusan Pendidikan Muzik (SK) ialah kita perlu mempelajari, menilai dan mengaplikasi  kemahiran dalam tugasan tersebut.
Pertama sekali saya memanjatkan perasaan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB 1012) dan dapat menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dilalui. Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat mengukuhkan keperibadian diri saya saya dalam mempelajari Kesantunan Masyarakat Malaysia  dan dapat mempraktikkan sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Pada pengalaman saya yang lalu ketika menjalankan kerja kursus di peringkat alam persekolahan, saya banyak merujuk dan mencari bahan di pusat sumber seperti perpustakaan bergerak, perpustakaan di sekolah atau di bandar. Tidak seperti yang berlaku sekarang, pengalaman yang saya dapati ketika melakukan tugasan kerja kursus ini ialah semasa saya mencari maklumat dalam laman sesawang saya sukar untuk mengenal pasti sama ada bahan ini adalah bahan dari sumber yang boleh dipercayai ataupun tidak. Ketika mencari maklumat saya lebih merujuk kepada laman sesawang terhadap keratan akhbar dan bahan-bahan PDF yang terdapat dalam laman sesawang. Hal ini demikian kerana saya yakin dengan merujuk bahan-bahan tersebut dapat membantu saya memberi maklumat mengenai isu-isu yang saya cari dengan tepat dan betul.
Selain itu, tugasan kerja kursus ini banyak menggunakan idea bagi melengkapkan tugasan tersebut.. Bagi memantapkan lagi pemahaman   seseorang itu, penulisan  esei bagi isu-isu yang dibincangkan dalam tugasan merupakan perkara yang boleh kita ambil sebagai maklumat tambahan dan informasi yang bermutu bagi persiapan diri sebagai seorang bakal guru untuk menghadapi era transformasi pada masa yang akan datang.
Di samping itu, tugasan ini memerlukan sumbangan idea yang efektif bagi memudahkan kita untuk melaksanakan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Ini bertujuan untuk menentukan tahap pemahaman kita dalam tugasan yang dijalankan. Daripada hasil tersebut, saya dapat mengetahui lebih banyak informasi yang saya tidak ketahui dan perlu diceburi lebih banyak lagi. Sehubungan dengan itu, saya juga mendapati bahawa tugasan seperti ini dapat mengekalkan prestasi pelajar di masa akan datang. 
Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas, fizikal yang mantap dan keyakinan diri yang tinggi. Melalui tugasan ini, saya dapat berfikir secara kritis dan kreatif semasa menyiapkan tugasan kerja kursus ini supaya kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan idea yang bernas. Tugasan ini juga merupakan persediaan bagi diri saya untuk mempersiapkan diri untuk lebih mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang.
Justeru, pengetahuan yang diperolehi oleh saya melalui tugasan ini ialah dalam menghasilkan setiap kerja kursus dengan sempurna merupakan bukan sesuatu penghasilan yang mudah dengan kesuntukan masa dalam perkara-perkara lain yang juga perlu disiapkan dalam masa yang sama. Kerja kursus yang berkumpulan pula, setiap ahli kumpulan haruslah memainkan peranan yang penting bagi memudahkan tugasan kerja kursus dapat disiapkan dengan sempurna.
Hal ini secara tidak langsung, terdapat banyak pengetahuan yang baru  dapat saya pelajari. Tugasan ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran saya untuk menganalisis dan mempraktikkan dalam sesuatu perkara dengan situasi dalam dunia yang sebenar. Saya juga memahami bahawa peranan sebagai seorang pelajar harus membahagikan masa dengan betul dan mengisi masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah bagi memudahkan persiapan kerja kursus dan dapat dihantar pada waktu yang ditentukan. Setelah menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, saya telah mendapati  bahawa membahbaikkan masa amat penting jika ingin menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. “Masa itu Emas”. Itulah kata-kata yang sering saya pegang untuk memastikan masa yang berjalan tidak terbuang begitu sahaja.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah kursus saya iaitu Encik Zulkafly Mohd Nooratas kesudian beliau untuk meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan membimbing   saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, beliau juga amat bersabar untuk menerangkan dengan lebih jelas dan secara terperinci tentang tugasan ini.

Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak input yang berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dalam masa hadapan saya khususnya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Muzik. Tugasan ini telah memberi panduan dan penerangan mengenai pengurusan dalam menyempurnakan tugasan ini. Segala pengetahuan yang ada tidak akan saya sia-siakan kerana ia sangat berharga untuk diaplikasikan untuk masa akan datang.

Monday, August 25, 2014

KULIAH 1 - BAB 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA




















KULIAH 1 - BAB 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

PENGERTIAN DAN KONSEP 

  1. Budi
  2. Bahasa
  3. Budi Bahasa 

1.1 PENGERTIAN BUDI

Perkataan "budi" berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar,1970). Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain

Menurut Kamus Dewan (2005),

  • Budi ialah akal dan kebijaksaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
  • Bermaksud kebaikan atau kebijaksaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan yang lain. 
  • Ia merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik. 
  • Budi lahir daripada fikiran yang baik yang akan menzahirkan perbuatan atau daya upaya yang terpuji.

Menurut Islam,

  • Budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
  • Berakhlak mulia dipupuk sejak seseorang itu masih kecil sehinggalah dewasa. 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarga" (Riwayat Ar-Ridha)


Menurut Imam Al-Ghazali (2002),

  • Budi ialah budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, nafsu dan marah.
  • Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik, seterusnya akan menjelmakan tabiat, akhlak atau watak yang terpuji.

Menurut Mustafa Haji Daud (1995),

  • Jika perkataan budi ditambah dengan awalan "ber" menjadi berbudi atau jika ditambah dengan akhiran "man" akan menjadi budiman yang akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti.
  • Dengan kata lain, orang berpegang kepada prinsip hidup di dunia biar berjasa dan tidak menyusahkan orang lain dan apabila mati akan meninggalakn nama yang baik. 

Menurut masyarakat Melayu

  • Budi membawa maksud jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain iaitu merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan orang lain. 
  • Ia merupakan satu elemen yang wajib bagi setiap individu untuk menjadi insan yang sempurna pada mata masyarakat.
PENGERTIAN BUDI ,

                Pengertian budi dapat ditakrifkan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi akan melahirkan bicara yang halus dan santun yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.


1.2 PENGERTIAN BAHASA

Menurut kamus Dewan (2002),

  • Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
  • Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti bangsa itu sendiri dan terus akan diperturunkan daripda satu generasi ke satu generasi seterusnya. 

Menurut Ferdinand de Saussure (1960),

  • Bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
  • Diguanakn sebagai satu cara yang  mudah difahami dan bergantung kepada sosiobudaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat tersebut. 


Menurut Noam Chomsky (1957),


  • Bahasa ialah satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk dari unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.
  • Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalm bentuk bunyi-bunyi perkataan sususan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem. 

Menurut Asmah Hj. Omar (1986),
  • Bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. 
  • Setiap bahasa mempunyai bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat yang bersistem dan sistematikyang akan menghasilkan makna bagi membolehkan komunikasi antara masyarakat berlaku dalam kehidupan seharian. 

Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985)
  • Bahasa didefinisikan sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya. 
Menurut Edward Sapir,
  • Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara abritari untuk menyampaikan fikiran atau perasaan. 
Menurut Raja Mukhtaruddin,
  • Bahasa sebagai satu sistem lambang-lambang pertuturan yang abitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat. 

Menurut Lufti Abas (1985),
  • Bahasa ialah data yang dihasilkan dalam linguistik dan suatu sistem simbol yang terdiri daripada bunyi  yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang dipersetujui bersama.
PENGERTIAN BAHASA

1. Bersistem dan sistematik - bahasa yang mempunyai peraturan atau pola tertentu yang perlu dipatuhi. Bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna. 

2. Arbitrari - bahasa yang mewujudkan dalam sesuatu masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa. 

3. Vokal - bunyi - bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.

4. Simbol - bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol atau lambang dan akan dapat dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secara bertulis dan maknanya akan disepakati bersama.

5. Alat Komunikasi - manusia akan menggunakan bahsa untuk berinteraksi antara satu sama lain. 

6. Dinamis - sesuatu bahasa yang akan mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. 


1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA
    

                 Budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Budi dalam bahasa literalnya bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh seseorang individu apabila berbicara. Pengertian budi bahasa secara amnya ialah berkaitan dengan tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang. Berbudi bahasa yang elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi membuktikan terhadap diri seseorang.

                Budi bahasa juga mencerminkan budaya. Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. budaya terpancar melalui kebijaksanaan, maka budaya sesuatu bangsa melambangkan sebahagian daripada peradaban bangsa. Melalui sikap berbudi bahasa akan dapat membina kehidupan ummah yang sihat, sejahtera dan mampu memperkasakan tamadun yang tinggi. Sesungguhnya amalan nilai budi bahasa adalah amat bersifat universal dan semua agama di dunia turut menekankan agar penganutnya mengamalkan nilai peribadi dalam kehidupan.


1.4 CIRI - CIRI BUDI BAHASA

Terdapat 4 ciri budi bahasa iaitu :-

 i. Pemaaf - hati yang tulus dan merendah diri untuk melupakan kesalahan dan kesilapan orang lain.

ii. Bersabar - memerlukan ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapi sesuatu dugaan dengan redha.

iii. Bersikap positif - sentiasa terbuka mencapai kejayaan tanpa memikirkan halangan yang dihadapi.

iv. Kesantunan yang tinggi - bersopan - santun dan tertib dalam berkomunikasi dengan orang lain. 

              Amalan berbudi bahasa akan menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain. Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada orang yang berbudi bahasa atau berbudi pekerti yang mulia. Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya seseorang yang beriman selalu menguasai lisannya dan membiasakan supaya berdiam diri jika lebih baik. Orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus, tingkah laku yang santundan sentiasa memberikan kesan yang baik kepada orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. 


1.5 BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1. Budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu,


a) bercakap dengan lemah lembut dan halus.
b) menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang yang lebih tua.
    c) berpakaian menutup aurat.
    d) tidak menyampuk ketika orang tua sedang bercakap.
    e) anak dara duduk bersimpuh.





2. Budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Cina,

a) makan menggunakan penyepit
b) tidak mengeluarkan bunyi yang kuat ketika makan. 
c) dilarang mengeluarkan kata-kata kesat ketika berbicara
d) ibu bapa menghantar wakil untuk meminang. 

3. Budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India,



a) duduk ketika makan dengan menggunakan tangan.
b) sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur.
c) bersabar dan tida pemarah
d) tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain.